KAJI SELIDIK CADANGAN PAPAN PEMUKA (DASHBOARD) ANALITIK RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


Responden yang dihormati,

Saya merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Pahang yang belajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

Saya ingin meminta kerjasama dan jasabaik anda untuk turut serta dalam tinjauan kajiselidik ini bagi keperluan Projek Sarjana Muda saya. Maklum balas anda penting untuk melengkapkan projek penyelidikan ini. Segala maklumat peribadi akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan ini sahaja.

Kerjasama anda dalam memastikan kejayaan projek ini sangat dihargai dan terima kasih setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

PENYELIDIK:
Nama: Noor Shakhinah Binti Zulkifli
ID Pelajar: CB17052
Fakulti: Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

PENYELIA
Nama: Ts. Aziman bin Abdullah
Emel: aziman@ump.edu.my
Fakulti: Fakulti Pengkomputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

TUJUAN KAJIAN
Tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan papan pemuka analitik rancangan pengajaran harian.

PENERBITAN
Tinjauan ini hanya untuk tujuan akademik, oleh itu maklumat peribadi responden tidak akan disiarkan atau dipaparkan kepada khayalak umum. Hanya maklumat analisa maklumbalas sahaja akan diterbitkan secara ilmiah.

KOS:
Tidak ada kos untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

KERAHSIAAN
Sekiranya anda bersetuju untuk menyertai tinjauan ini, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

PENYERTAAN DAN MENARIK DIRI DARI KAJIAN
Keputusan sama ada untuk mengikuti tinjauan ini sepenuhnya bergantung kepada anda. Penyertaan adalah sukarela. Anda boleh menolak untuk mengambil bahagian, atau menarik diri dari tinjauan pada bila-bila masa, dan keputusan seperti itu tidak akan mempengaruhi hubungan anda dengan universiti, baik sekarang atau masa depan. Penolakan atau penarikan penyertaan tidak akan mengakibatkan kehilangan faedah lain yang anda berhak sebaliknya.

HUBUNGI:
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan kajian ini, boleh berhubung dengan penyelia projek. Ts Aziman Abdullah, aziman@ump.edu.my.

Mengandungi 12 dalam soalselidik ini