Revolusi Industri 4.0 : Kesediaan ibubapa dan guru dalam perlaksanaan pembelajaran digital di sekolah sekitar Kuantan.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Ibubapa dan guru-guru yang dihormati,

Teknologi digital terutamanya Internet telah banyak memberi impak yang mendalam kepada kehidupan manusia sejagat. Hari ini, Revolusi Industri 4.0 yang sering dibicarakan adalah kesan daripada ledakan inovasi teknologi digital yang telah memungkinkan banyak perkara dan pada masa yang sama juga menjumutkan sesetengah perkara terdahulu.

Cabaran masa depan anak-anak generasi muda hari ini menuntut kita semua untuk memainkan peranan kita masing-masing dalam menyediakan suasana pembelajaran yang relevan kepada keperluan hidup mereka pada hari ini dan akan datang.

Sukacita saya selaku pensyarah dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) bersama kumpulan pelajar kursus 'Data Visualization' ingin memohon kerjasama tuan/puan samada sebagai ibubapa atau guru untuk memberi maklumbalas dalam borang tinjauan kajiselidik atas talian ini. Segala data dan analisa dari kajian ini akan digunakan HANYA untuk tujuan kajian, pembelajaran, pengurusan strategik dan kualiti pihak universiti (jika berkenaan). 

Segala kerjasama dari tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. 

Aziman Abdullah
Pensyarah
Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
aziman@ump.edu.my

Mengandungi 11 dalam soalselidik ini