Tinjauan Kesediaan Digital Sekolah Pantai Timur


TINJAUAN KESEDIAAN DIGITAL DI SEKOLAH PANTAI TIMUR

Yang dihormati responden kajian,

Kami adalah pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Pahang. Bagi memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda, kami perlu menjalankan Projek Sarjana Muda dan tinjauan ini adalah sebahagian dari keperluan projek kami. 

Kerjasama pihak  tuan dalam menjayakan projek ini amatlah di hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

PENYELIDIK

Nama: Wan Nur Izzati Suhaaniz Binti Wan Jusoh
ID Pelajar: CB16100
Fakulti: Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Nama: Nur Syazana Binti Aliman
ID  Pelajar: CB16113
Fakulti: Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 

PENYELIA:

Nama: Ts. Aziman Abdullah
Email: aziman@ump.edu.my
Fakulti : Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

TUJUAN TINJAUAN:

Tujuan tinjauan ini adalah untuk membuat analisa kualiti capaian Internet, kesediaan inovasi program NILAM dan strategi libatsama ibubapa melalui platform digital atas talian di sekolah-sekolah sekitar Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang.

PENJELASAN TINJUAN:
Tinjauan ini adalah bertujuan untuk pendidikan sahaja, oleh itu, maklumat responden tidak akan diterbitkan atau dipaparkan kepada umum.

KOS TERTAKLUK:
Tiada kos yang dikenakan ke atas penyertaan dalam kaji selidik ini.

KERAHSIAAN:
Jika anda bersetuju untuk menyertai dalam kaji selidik ini, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

PENYERTAAN SUKARELA DAN PENARIKAN DIRI DARI KAJIAN:
Keputusan sama ada untuk menyertai kaji selidik ini adalah terpulang kepada anda. Penyertaan adalah sukarela. Anda boleh menolak untuk mengambil bahagian, atau menarik diri dari kaji selidik ini pada bila-bila-masa, dan keputusan sedemikian tidak akan menjejaskan hubungan anda dengan universiti, sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Juga, tiada penolakan atau penarikan diri dalam keputusan menyertai yang mengakibatkan kehilangan lain-lain manfaat.

HUBUNGI:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila bertanya dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda. Jika anda mempunyai soalan tambahan untuk masa hadapan, sila hubungi penyelia projek Aziman Abdullah, aziman@ump.edu.my.

Jika anda ingin dibekalkan dengan ringkasan penemuan penyelidikan, ianya boleh didapati atas permintaan.

KENYATAAN PERSETUJUAN

  • Saya telah meniliti semula maklumat di atas dan sebarang pertanyaan yang saya ada berkaitan penyelidikan menjawab kepuasan saya.
  • Saya memahami bahawasanya penyertaan saya ini adalah secara sukarela dan saya boleh menarik diri daripada penilaian pada bila-bila masa tanpa prasangka.
  • Dengan menjawab kaji selidik ini, saya bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini.