KEBERKESANAN KHIDMAT RUNDINGAN KEKELUARGAAN PEJABAT AGAMA ISLAM DI MALAYSIA


PENGENALAN

Soalan soal selidik ini diedarkan bagi mendapatkan maklum balas daripada responden tentang keberkesanan runding-cara atau khidmat nasihat yang dijalankan oleh pejabat-pejabat agama Islam di Malaysia. Kerjasama anda untuk menjawab soalan soal selidik ini dengan ikhlas dan telus amat dihargai. Soalan soal selidik ini mengandungi dua (2) bahagian :

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN
BAHAGIAN B : TINJAUAN KEBERKESANAN KHIDMAT RUNDINGAN KEKELUARGAAN PEJABAT AGAMA ISLAM

KETUA PENYELIDIK :

Nama: Dr. Asar Abdul Karim
Email: asar@ump.edu.my
Jabatan : Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

AHLI PROJEK

Nama: Ts. Aziman Abdullah
Email: aziman@ump.edu.my
Jabatan : Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang (UMP)

TUJUAN TINJAUAN:

Tujuan tinjauan ini adalah untuk mengkaji potensi teknologi digital dalam aspek pengurusan khidmat runding-cara agama.

PENJELASAN TINJUAN:

Segala maklumat yang diberikan di dalam soalan soal selidik ini adalah SULIT dan hanya digunakan untuk KAJIAN AKADEMIK semata-mata.

KOS TERTAKLUK:
Tiada kos yang dikenakan ke atas penyertaan dalam kaji selidik ini.

KERAHSIAAN:
Jika anda bersetuju untuk menyertai dalam kaji selidik ini, maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.

PENYERTAAN SUKARELA DAN PENARIKAN DIRI DARI KAJIAN:
Keputusan sama ada untuk menyertai kaji selidik ini adalah terpulang kepada anda. Penyertaan adalah sukarela. Anda boleh menolak untuk mengambil bahagian, atau menarik diri dari kaji selidik ini pada bila-bila-masa, dan keputusan sedemikian tidak akan menjejaskan hubungan anda dengan universiti, sama ada sekarang atau pada masa hadapan. Juga, tiada penolakan atau penarikan diri dalam keputusan menyertai yang mengakibatkan kehilangan lain-lain manfaat.

HUBUNGI:
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila bertanya dan kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda. Jika anda mempunyai soalan tambahan untuk masa hadapan, sila hubungi ketua projek Dr. Asar Abdul Karim, asar@ump.edu.my.

Jika anda ingin dibekalkan dengan ringkasan penemuan penyelidikan, ianya boleh didapati atas permintaan.

KENYATAAN PERSETUJUAN

  • Saya telah meniliti semula maklumat di atas dan sebarang pertanyaan yang saya ada berkaitan penyelidikan menjawab kepuasan saya.
  • Saya memahami bahawasanya penyertaan saya ini adalah secara sukarela dan saya boleh menarik diri daripada penilaian pada bila-bila masa tanpa prasangka.
  • Dengan menjawab kaji selidik ini, saya bersetuju untuk menyertai penyelidikan ini.

 

DENGAN MENEKAN BUTANG 'SETERUSNYA', SAYA MENGAKUI BAHAWA SAYA TELAH MEMBACA PENERANGAN KAJI SELIDIK DI ATAS, BAHAWA SEMUA SOALAN-SOALAN SAYA TELAH DIJAWAB DENGAN BAIK DAN SAYA BERSETUJU UNTUK MENYERTAI KAJI SELIDIK INI.

Mengandungi 22 dalam soalselidik ini